Harga Pos Kereta ke Sabah & Sarawak
Kalau korang sedang mencari servis hantar kereta ke Sabah atau Sarawak, min nak rekemen satu syarikat di Port Klang, iaitu P8 Movers.
P8 Movers sangat berpengalaman dan mahir dengan selok belok dalam mengendalikan servis penghantaran kereta ke Sabah dan Sarawak. Jadi berurusan dengan mereka lebih mudah dan lancar.
Pos Kereta ke Sabah & Sarawak
Kalau korang nak buat urusan sendiri agak rumit, lebih mudah menggunkan kepakaran P8 Movers. Maksudnya, korang hantar kereta dan ambil di Pelabuhan sahaja.
Semua akan diuruskan dari A-Z termasuk urusan kastam. Maklumat lengkap boleh rujuk di website mereka: poskeretaku.com/proses-penghantaran
Dokumen Pos Kereta Sabah & Sarawak
- Kad Pengenalan
- Geran Kereta
- Surat Perlepasan Bank (Jika masih ada pinjaman bank)
Kelebihan Pos Kereta Dengan P8 Movers
Kelebihan lain, korang boleh letak barang dalam kereta semasa nak pos nanti. Contohnya, kotak-kotak kecil ataupun beg. Dengan syarat letak di bahagian tempat duduk belakang dan bonet sahaja.
Tumpang barang dalam kereta semasa pos ke Sabah ada percuma sahaja. Tiada caj tambahan. Beginilah rupanya:
Jangkamasa Penghantaran Kereta ke Sabah & Sarawak
Jangkamasa ini anggaran sahaja, tertakluk kepada jadual semasa. Jadual semasa boleh berhubung dengan P8 Movers, ataupun korang boleh lihat jadual terkini di website mereka: Jadual Kapal
Dari | Ke | Jumlah Hari |
Port Klang | Kuching | 4 Hari |
Port Klang | Bintulu | 6 Hari |
Port Klang | Kota Kinabalu | 7 Hari |
Jika lihat jadual di atas, tempoh penghantaran kereta ke Sarawak hanya mengambil masa 4 hari sahaja. Cepatkan!
Jadual dibawah ini pula penghantaran dari selain Port Klang. Pelabuhan lain lebih lama sedikit. Boleh rujuk jadual dibawah ini:
Dari | Ke | Jumlah Hari |
Kota Kinabalu | Port Klang | 22 Hari |
Kuching | Port Klang | 23 Hari |
Bintulu | Port Klang | 25 Hari |
Jangkamasa ini adalah anggaran semata-mata, mungkin ada perubahan sedikit mengikut jadual yang akan ditetapkan nanti.
Harga Pos Kereta ke Sabah & Sarawak
Harga pos adalah mengikut kategori kereta. Jika korang dari Sabah atau Sarawak, Harga pos kereta ke semenanjung juga sama sahaja.
Kereta Personal
Jenis | Harga |
Sedan / Aeroback / Myvi / Wira e.t.c | RM1300 |
SUV / 4×4 / MPV | RM1550 |
- Untuk destinasi Bintulu tambah RM450
Kereta Komersial
Jenis | Harga |
Sedan / Aeroback / Myvi / Wira e.t.c | RM1550 |
SUV / 4×4 / MPV | RM1550 |
- Untuk destinasi Bintulu tambah RM450
Hubungi P8 Movers
Untuk urusan tempahan penghantaran, korang boleh terus beruhubung dengan P8 Movers.
Facebook: Hantar Kereta Murah Jimat Sabah Sarawak
Website: poskeretaku.com
WhatsApp: 013-9905287
Lain-lain: Proton X50
Boleh beritahu saya cara yang lebih detail untuk hantar kereta ke sabah ?
Terima kasih busku
1. boleh tengok jadual kapal dekat https://poskeretaku.com/jadual-kapal/
2. atau terus wasap details kereta ke wasap ini https://wasap.pakej.my/P8Movers
3. nanti P8Movers akan uruskan.
Terima kasih