RekemenInfoMaahad Tahfiz Yang Memerlukan Sumbangan 2021

Maahad Tahfiz Yang Memerlukan Sumbangan 2021

Assalamulaikum WBT, sebagaimana tajuk, di sini saya nak rekemen satu Maahad Tahfiz yang memerlukan sumbangan. Maahad tersebut adalah Maahad Tahfiz Al Fateh Pengkalan Hulu Perak.

Maahad Tahfiz Yang Memerlukan Sumbangan

Maahad Tahfiz Al-Fateh ini masih lagi dalam proses pembinaan, termasuklan pembinaan Surau, Asrama, Rumah Tenaga Pengajar dan juga Prasarana lain. Sumbangan orang ramai amat dihargai bagi mempercepatkan proses pembinaan.

Maybank: 558257002244

Sejarah Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu, Perak

Maahad Tahfiz Al-Fateh masih lagi baru, bermula pada 2013 dengan menyewa rumah pondok sementara di Pengkalan Hulu Perak.

Alhamdulillah hasil sumbangan orang ramai, Tahfiz Al Fateh secara rasmi telah berpindah ke penempatan kekal pada 13 Januari 2019. Masih lagi dalam proses pembinaan.

Iklan oleh Google

Tahfiz Al-Fateh ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. No Pendaftaran: JAIPK/TAHFIZ/PH,11/18

Pembelajaran & Aktiviti Maahad Al-Fateh

Objektif utama Maahad Tahfiz ini adalah melahirkan ulama profesional.

Tahfiz Al-Fateh menerima pelajar-pelajar seawal usia 4 tahun, dan dijangka pelajar dapat menghafaz Al-Quran paling lewat 12 tahun. Pengajian disini merangkumi tahfiz, kitab, akademik dan juga kemahiran kelansungan hidup.

Menariknya, tahfiz ini cuba sedaya upaya untuk menjaga pemakanan anak-anak tahfiz dengan memelihara ayam, tanaman sayuran bebas racun dan juga ternakan ikan. Terbaru, mereka sedang menyiapkan 4 kolam ikan.

Kami kongsikan beberapa gambar sekitar Maahad Tahfiz Al-Fateh. Kami di Rekemen.MY berbesar hati dan berdoa agar prasarana tahfiz bertambah baik dan dapat melahirkah pelajar tahfiz yang bermutu.

 

Penempatan Kekal Maahad Tahfiz Al-Fateh

Kawasan penempatan kekal masih lagi dalam proses pembinaan seperti:

  1. Surau
  2. Asrama Pelajar
  3. Kantin
  4. Penempatan Pentadbir & Tenaga Pengajar
  5. Prasana Lain

Berikut adalah beberapa gambar kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Untuk informasi terkini anda boleh lihat di facebook mereka: Facebook Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu Perak

Mengikut pentadbir tahfiz ini, mereka banyak menerima sumbangan dari orang ramai. Terima kasih kepada Allah SWT dan juga penyumbang sebelum ini yang banyak membantu dalam proses pembinaan Maahad Tahfiz tersebut.

Sumbangan Ikhlas Kepada Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu

Bagi anda yang sedang mencari tempat untuk membuat sumbangan, mungkin anda boleh berbuat demikian dengan menderma kepada Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu.

Wakaf pembinaan Surau Tahfiz Al-Fateh masih lagi dibuka, RM100 sekaki. Boleh letak nota semasa membuat pemindahan. Untuk resit, boleh berhubung dengan pentadbir Tahfiz Al-Fateh di nombor di bawah.

Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu Perak
No Pendaftaran: JAIPK/TAHFIZ/PH,11/18
Facebook: Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu
Maps: https://goo.gl/maps/BzqrzniX1nyVNfgKA
No Akaun: Maybank – 558257002244

Pertanyaan / Hubungi:
☎ Ustaz Mat Rejab : 019-4061246
☎ Pejabat: 019-4111246

Sumbangan Maahad Tahfiz 2020

Bagi pihak Maahad Tahfiz, kami di Rekemen.MY ingin mengucapkan jutaan #Terima Kasih# kepada penyumbang kepada Tahfiz. Kami mendoakan, anda dimurahkan rezeki selalu. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikannya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY