10 Tips Penjagaan Kereta – Berdasarkan Pengalaman
Yang baru beli kereta, perlu baca artikel ini. Saya kongsikan serba sedikit 10 Tips Penjagaan Kereta berdasarkan pengalaman peribadi.
Peringatan! Tips ini adalah perkongsian peribadi. Mungkin berbeza dengan pengguna lain.
10 Tips Penjagaan Kereta Baru
- Jika masih lagi dalam jaminan (Warranty) pengeluar. Disarankan servis di pusat servis mereka. Kalau beli Perodua Axia, pergi servis dekat pusat servis Perodua.
- Jika sudah tamat jaminan, baru boleh pergi ke kedai luar. Nak teruskan di Perodua lagi bagus. Sediakan ongkos sahaja. 🙂
- Tiada keperluan tukar Absorber. Saya pernah tukar tetapi amat mengecewakan. Tukar balik Absorber yang asal baru selesa pemanduan. Mungkin tukar yang murah kot. huhu. entahlah. Saya saran guna yang asal sahaja kalau sayang kereta baru!
- Untuk rim tayar, terbaik kalau tayar lebih lebar. Pemanduan lagi stabil. Tukar saiz rim yang bersesuaian dengan kereta. Jangan terlalu besar. Saya tukar rim, pemanduan lagi stabil.
- Angin tayar kena selalu tengok. Bagi memastikan pemanduan lebih selesa.
- Kena selalu buat alignment dan balacing tayar. Kalau tak, tayar cepat botak. Pengalaman sendiri. Awal-awal beli kereta saya tidak tahu sangat. Sekejap sahaja kena tukar tayar. Selepas itu, baru tahu. Dan selalu buat alignment dan balancing. Baru tayar tahan sehingga 5 tahun.
- Minyak enjin dan gear kena tukar pada masa yang betul. Jangan tangguh. Pengalaman peribadi, tiada isu sangat yang ini, sebab saya selalu jaga.
- Servis Aircond, ini saya terlepas pandang. Saya tak servis aircond, ingat ok je tak servis. Sampai rosak baru tahu aircond pun nak kena servis berkala juga. Saya punya rosak, kena tukar compressor aircond. Habis RM3000 juga. Kena servis ya!
- Bab insurans / takaful, ambil juga cermin & bencana. Ini saya ambil, dan pernah guna untuk tukar cermin kereta dan juga towing. Percuma!
- Jangan bawa perlahan, lambat sampai. Haha. 😛
Ingat, ini perkongsian berdasarkan pengalaman peribadi sahaja. Boleh ambil panduan jika bersesuaian. Terima kasih.