Assalamulaikum WBT, sebagaimana tajuk, di sini saya nak rekemen satu Maahad Tahfiz yang memerlukan sumbangan. Maahad tersebut adalah Maahad Tahfiz Al Fateh Pengkalan Hulu Perak.
Maahad Tahfiz Yang Memerlukan Sumbangan
Maahad Tahfiz Al-Fateh ini masih lagi dalam proses pembinaan, termasuklan pembinaan Surau, Asrama, Rumah Tenaga Pengajar dan juga Prasarana lain. Sumbangan orang ramai amat dihargai bagi mempercepatkan proses pembinaan.
Ini adalah sambungan dari artikel Cara Buat Invoice Guna Excel. Dalam artikel ini, min ada buat penambahbaikan sedikit, buat lagi mudah.
Untuk kali ini, korang sudah boleh simpan data pelanggan dalam excel yang sama. Kelebihannya adalah untuk memudahkan korang buat invois. Sesuai untuk korang yang selalu buat invois untuk pelanggan yang sama. Continue reading “Template Invoice Malaysia – Guna Excel”
Untuk korang yang ada bisnes sendiri, semestinya invoice antara dokumen paling penting untuk urusan jual beli.
Invois memang penting! Dari situ kita dapat tahu maklumat yang kita nak berurus niaga dengan pelanggan. Pelanggan pun lebih yakin. Tambahan lagi, dengan adanya invois, kita boleh rujuk kembali dimasa hadapan. Lebih efektif. Continue reading “Cara Buat Invoice Guna Excel”
Kalau korang sedang mencari vinyl flooring murah dan berkualiti, min rekemen korang beli dekat Lazada dengan supplier ini: IDECOMALAYSIA
Min dah beli, amat berpuas hati. Senang sahaja pasang sebab vinyl ini sudah ada gam. Buka dan tampal sahaja. Yang penting perlu sabar semasa memasang vinyl ini. Continue reading “Vinyl Flooring Murah & Berkualiti”
Kalau korang sedang mencari servis hantar kereta ke Sabah atau Sarawak, min nak rekemen satu syarikat di Port Klang, iaitu P8 Movers.
P8 Movers sangat berpengalaman dan mahir dengan selok belok dalam mengendalikan servis penghantaran kereta ke Sabah dan Sarawak. Jadi berurusan dengan mereka lebih mudah dan lancar. Continue reading “Harga Pos Kereta ke Sabah & Sarawak”
Sebelum ini, proton hadir dengan X70, sambutan amat tinggi sekali. Kini proton buat pengeluaran SUV X50 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Harga Proton X50 ada dibawah.
Hari ini, min nak kongsikan cara masak pulut pagi paling sedap. Kalau nak pulut pagi yang sedap, korang kena masak secara mengukus.
Bahan-bahan:
Pulut (Boleh agak sendiri berapa banyak nak makan) Setakat ini, min rekemen korang beli pulut ini. Sedap! Boleh cari dekat Lazada. Beli di Lazada
Kelapa Parut
Garam
Gula Melaka ( Guna gula melaka asli – Yang dibuat dari nira). Gula melaka min guna yang ini, beli dekat pasar. Tak pasti kat mana yang ada jual. Nak cari jenama lain pun boleh, asalkan yang asli, baru sedap.
Untuk korang yang berjinak-jinak dengan saham, semestinya banyak benda perlu cari dan belajar. Jadi, bagi memudahkan korang, min ringkaskan cara main saham khas untuk newbie atau orang baru.
Senarai broker saham boleh semak di website Bursa Malaysia. Untuk muslim, boleh ambil dengan broker patuh syariah. Berikut adalah senarai broker yang patuh syariah:
Affin Hwang Investment Bank Berhad
AmInvestment Bank Berhad
BIMB Securities Sdn Bhd
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
Hong Leong Investment Bank
Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
Kenanga Investment Bank Berhad
Malacca Securities Sdn Bhd
Maybank Investment Bank Berhad
MIDF Amanah Investment Bank Berhad
Public Investment Bank Berhad
RHB Investment Bank Berhad
TA Securities Holdings Berhad
UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd
KAF Equities Sdn Bhd
Selain patuh syariah, ciri lain korang boleh pilih adalah broker yang boleh trade saham secara online dan juga yuran yang dikenakan adalah rendah.
Min rekemen, berdasarkan pengamatan dan pembacaan, paling rendah yuran broker adalah Malacca Securities Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Mplus. Tapi min sendiri ambil dengan broker Maybank Investment Bank Berhad.
2. Buka Akaun CDS
Sudah tahu broker mana yang berkenan, korang boleh teruskan dengan membuka akaun CDS. Mplus boleh daftar online di website mereka. Daftar CDS dengan Mplus. Proses daftar boleh rujuk di website tersebut.
Untuk Maybank Investment, boleh daftar di Dataran Maybank KL. Dokumen yang perlu bawa adalah:
Salinan IC
Slip Gaji Terkini / Bank Statement
Duit RM10
Kebiasaanya, proses pengesahan dan pembukaan akaun mengambil masa seminggu. Kadang-kadang boleh siap awal.
Bila sudah siap, biasanya remiser akan ajar serba sedikit untuk lakukan jual beli saham.
3. Modal Main Saham
Modal Fasa 1:
Bermodalkan RM100, korang cuba-cuba dulu. Macam sesi suai kenal dengan saham sahaja. Tahu cara jual dan beli saham.
Contohnya, cari harga saham 50 sen seunit. Jadi kos beli saham secara kasar adalah RM50 sahaja. Jumlah keseluruhan termasuk kos sampingan adalah RM63.74 sahaja.
Sampai satu tahap, korang terus jual saham tersebut sekadar untuk proses pembelajaran tentang jual saham.
Modal Fasa 2:
Modal main saham minimum paling terbaik adalah mengikut jumlah kadar minimum yuran broker yang dikenakan.
Contohnya, Maybank Investment, yuran broker adalah 0.042% atau minimum RM12. Jadi modal terbaik untuk labur saham RM3000.
Kenapa RM3000, bukan RM1000? sebabnya, kalau korang labur RM1000 pun tetap kena bayar yuran broker sebanyak RM12. Orang kata alang-alang nak melabur, gunakanlah sepenuhnya.
Modal Fasa 3:
Bila sudah yakin, tambahlah modal yang diinginakan.
Kesimpulan Modal Saham
Untuk orang baru dalam saham, korang boleh download apps iKira. Google Play @ Appstore .
Apps ini memang mudah untuk korang buat anggaran modal mengikut harga seunit saham. Dari apps tersebut juga boleh tengok anggaran keuntungan bersih juga.
4. Kos Sampingan Saham
Bayaran Broker (Brokerage Fee) – Kalau maybank caj 0.042% atau minimum RM12. Boleh semak yang lain-lain.
Bayaran Perlepasan (Clearing Fee) – Caj yang dikenakan oleh Bursa
Cukai Kerajaan (Gov Tax) – Cukai semasa 6%
Duti Setem – Caj dikenakan adalah RM1 setiap RM1000 pelaburan. Maksimum RM200 sahaja.
Ini terpulang kepada cara masing-masing. Boleh tengok analisa saham di web Bursamarketplace. Prestasi syarikat yang kita nak beli pun perlu tengok juga. Jika perlu belajar, cari mentor atau masuk kelas berbayar.
6. Selamat Melabur Saham
Secara teori dan atas kertas, semua nampak wow tentang saham! Yang pasti perlu cuba baru tahu. Hati-hati dan selamat maju jaya dalam saham.