RekemenBlogPengalaman Beli Rumah Subsale

Pengalaman Beli Rumah Subsale

Setelah sekian lama, hari ini baru min berkesempatan nak share Pengalaman Beli Rumah Subsale atau juga dipanggil rumah second hand.

Orang kata beli rumah subsale mudah, tapi bagi pengalaman min sendiri, ianya bukan semudah ABC. Banyak halangan perlu ditempuhi. 

Yang paling leceh sekali, nak kena selalu follow up dengan Ejen dan Laywer (Bank dan SPA). Kalau tak follow up, memang lagi lama la gamaknya.

Rasanya, tak perlu cerita panjang, korang datang sini pun nak cari proses beli rumah subsale je kan. Dah, jom baca pengalaman min di bawah.

Pengalaman Beli Rumah Subsale

Gambar hiasan setelah setahun lebih proses pembelian.

Pengalaman Beli Rumah Subsale

Iklan oleh Google

Ini adalah pengalaman min sendiri, bukan direka-reka ya. Proses beli rumah subsale ini, mengambil masa 1 tahun lebih

Info sikit, rumah min nak beli tu berharga RM180k, Jenis apartment. Rumah tersebut baru sahaja dapat strata title, dan strata title belum lagi dipindahkan dari Developer kepada Pemilik.

Jadinya, bila belum dapat strata title, urusan makin bertambah, sebabnya: Strata Title perlu di tukar kepada pemilik lama terlebih dahulu sebelum di pindah milik kepada pemilik baru. 

Tetapi, min bernasib baik pihak Developer membenarkan pemindahan Title secara terus kepada Pemilik baru. Boleh jimatkan masa di situ. 

Tarikh Maklumat
14-Oct-17 Jumpa Ejen dan Pemilik rumah untuk pengesahan pembelian
15-Oct-17 Bayaran deposit 3.18% kepada agent
16-Oct-17 Hantar dokumen untuk permohanan loan bank kepada ejen, Ejen bagi resit
19-Oct-17 Ejen submit loan bank
7-Nov-17 Ambank Loan approved
9-Nov-17 CIMB loan approved (min PILIH yang ni)
13-Nov-17 Sign LO CIMB
26-Nov-17 Sign SNP
27-Nov-17 Bayaran deposit 6.82% kepada Lawyer SPA ZJ
Legal fee snp  ZJ
21-Dec-17 Bayar Tambahan Consent Direct Transfer ZJ
13-Feb-18 Sign MOT (for direct tranfer)
15-Mar-18 Sign Agreement CIMB
16-Apr-18 Topup Charge Fee for Stamp Duty – 2nd House – Lawyer Bank AML
30-May-18 Lawyer Bank Apply CTC
13-Jun-18 CTC diluluskan oleh Pejabat Tanah
5-Jul-18 Masalah Ejaan dekat CTC, MOT, LU
6-Aug-18 Selesai masalah ejaan. Lawyer Bank submit ke bank utk proses disbursement
10-Aug-18 1st disbursement
4-Sep-18 Bayaran Bulan Pertama min kena bayar kepada bank CIMB
10-Sep-18 Duti Stem LHDN – Rumah kedua – Lawyer ZJ
11-Sep-18 Serah hak dari developer – ZJ 
30-Sep-18 Bayaran Bulan Kedua Min, rumah belum dapat. Sedih-sedih.
17-Oct-18 Geran Ori dari developer – ZJ
18-Oct-18 Masalah MOT LHDN pulak..ambil masa 3 hari
30-Oct-18 Selesai masalah MOT LHDN
30-Oct-18 Bayaran Bulan Ketiga. Masih belum dapat kunci. haru…
31-Oct-18 Lawyer Bank minta dari lawyer S&P,
Cukai Tanah untuk Stara unit
Borang 44 dari developer
2-Nov-18 Lawyer bank terima Cukai Tanah & Borang 44
7-Nov-18 Lawyer bank pergi present dekat pejabat tanah
19-Nov-18 Lawyer Bank advise Bank untuk buat 2nd disbursement
26-Nov-18 2nd disbursement
4-Dec-18 Vendor selesaikan hutang tertunggak, IWK, TNB, SYABAS, CUKAI PINTU
5-Dec-18 Dapat duit cashback
8-Dec-18 Downpayment buat renovation sikit. Tambah table top sinki.
31-Dec-18 Buat bayaran penuh untuk renovation
  Beli kipas
  Beli langsir
  Upah Plumber
10-Jan-19 Tukar nama TNB Deposit
26-Jan-19 Bayar cukai pintu 2019 yang tertunggak
14-Feb-19 Tukar nama cukai pintu
14-Feb-19 Tukar nama syabas Deposit
Mac-19 Masih kosong bayar je dekat bank 
Apr-19 Baru penyewa masuk. Yeay!

Itu sahaja pengalaman min beli rumah subsale, mengambil masa setahun lebih. Sabar jela kan.

Kalau dah ramai view post ini, nanti min kemaskini kos-kos yang terlibat semasa proses beli rumah subsale ini. 🙂

Kos Beli Rumah Subsale

Kos modal secara kasar: RM29K. Modal terperinci boleh rujuk di bawah.

1. Deposit RM16,000
2. Lawyer SnP: RM3,465
3. Lawyer Bank: RM5,000 (Masuk Loan)
4. Valuation: RM850 (Masuk Loan)
5. MRTT: RM2,700 (Masuk Loan)
6. Stamp Duty Rumah kedua: RM3,600
7. Direct transfer fee: RM400
8. Tukar Nama TNB, Cukai Pintu, Syabas: RM450
9. Renovation: RM3,000
10. Bayaran sebelum dapat kunci: RM2,460

Maksudnya, nak selamat nak kena ada RM30k untuk beli rumah berharga RM180K. Ini adalah pengalaman peribadi. Mungkin berbeza dari otai-otai lama yang arif dalam bidang hartanah.

—–

Akan datang, min akan bagi website yang boleh semak harga market value rumah. Jadi nanti senang untuk korang rujuk. Tunggu ya!

 

 

 

Komen

47 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. tuan sy nk tanya tempoh untuk bank release cashback slalunya brp lma ye. dlm kes sy lawyer still bg taw doc msih pada bank . almost 7 hari dh.

  2. Assalamualaikum tuan.. maaf nak bertanya.. saya diberitahu pegawai bank tak boleh tukar lawyer lepas LO diberi pada lawyer yang di lantik oleh bank.. saya nak tukar lawyer sebab harga agak tinggi.. kalau saya cancel loan bank yg sekarang dan tukar utk bank lain.. akan ada masalah ke?

  3. Salam tuan..nak tanya rumah dah start bayar..tetapi urusan belum selesai lagi..masalah nya sekarang rumah tu ada penyewa..jadi adakah saya boleh terus amik sewa dari penyewa tersebut?terima kasih tuan..sebab lawyer mati mati menang kan owner lama.

    1. Wslm, selalunya serah kunci baru boleh masuk. Melainkan budi bicara dengan penjual.

      terima kasih

  4. Salaam tuan,
    Adakah perlu kita membuka account bank untuk proses cashback? bagaimana cara cashback masuk dlm acc kita?

    1. Wslm, kes saya terus masuk ke akaun bank. Kena bagi nombor akaun dekat lawyer bank.

  5. Salam tuan, tumpang tanya. Sekiranya membeli rumah subsale (RM100k) secara cash adakah anggaran kos yg perlu disediakan sama seperti yang tuan nyatakan di atas. Boleh tuan bantu kos yg hanya perlu utk pembelian cash. Terima kasih

    1. Wslm, maaf saya tiada pengalaman beli cash. Secara teori, kos akan lebih rendah sebab boleh tolak kos lawyer bank. Apa-apa pun boleh rujuk dengan ejen ataupun lawyer puan.

Hak Cipta © Rekemen.MY