RekemenInfoCara Kira Untung Rugi Perniagaan

Cara Kira Untung Rugi Perniagaan

Nak kira untung rugi, nampak macam mudah je. Tambah tolak. Bila nak kira pening juga kan. Tak pe, saya akan terangkan secara ringkas cara kira untung rugi perniagaan untuk anda mudah faham.

Cara Kira Untung Rugi Perniagaan

Ada 3 bahagian utama dalam pengiraan untung rugi, iaitu Pendapatan Perniagaan, Pendapatan Lain & Perbelanjaan.

Dalam konteks ini, dan bagi mudah faham, saya akan guna 2 bahagian sahaja: Pendapatan Perniagaan & Perbelanjaan.

Bahagian 1: Pendapatan Perniagaan

(a) Jualan / Perkhidmatan / Servis
(b) Stok Awal
(c) Pembelian Stok
(d) Stok Akhir
(e) Kos Produk Dijual
(f) Untung Rugi Kasar

Formula untuk dapatkan untung rugi kasar adalah:

Iklan oleh Google

(e) Kos Produk Dijual = b + c – d
(f) Untung Rugi Kasar = a – e

Jika tiada stok, (f) Untung Rugi Kasar adalah (a) Jualan / Perkhidmatan / Servis

Bahagian 2: Perbelanjaan

Dalam bahagian ini, sebenarnya ada banyak kategori perbelanjaan. Untuk contoh, saya guna beberapa sahaja. Perbelanjaan ini mestilah melibatkan syarikat sahaja, bukan untuk perbelanjaan peribadi.

(g) Gaji & Upah
(h) Sewa
(i) Perjalanan & Pengangkutan
(j) Pembaikan & Penyelengaraan
(k) Promosi & Iklan

Di bahagian perbelanjaan, anda perlu campur kesemuanya sahaja.

Jadi setelah sudah dapat untuk kedua-dua bahagian. Kita kira untung rugi bersih pula.

Untung Rugi Bersih = Untung Rugi Kasar – Perbelanjaan.

Yeay, sudah dapat!

Itu sahaja cara pengiraan untung rugi perniagaan.

Template Akaun Excel

Nak lagi mudah, guna sahaja template excel akaun perniagaan. Memang lengkap termasuk rekod hutang, pinjaman, ambilan, aset dan banyak lagi.

Bila guna template akaun ini, anda akan dapat lihat terus Penyata Untung Rugi & Penyata Kunci Kira-kira. Sampai masa, senang untuk anda masukkan data ke website LHDN.

Template Akaun Perniagaan Excel

Jika berminat, boleh terus beli template akaun excel ini di shopee.

Shopee

Kalau anda sekadar nak buat Penyata Untung Rugi & Kunci Kira-kira, anda boleh ambil yang murah sahaja. Boleh beli template ringkas ini:

Shopee Template Penyata

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY