RekemenInfoCara Simpan Resit Untuk LHDN – Cara Moden

Cara Simpan Resit Untuk LHDN – Cara Moden

Zaman moden ni orang dah tak simpan resit secara manual lagi, simpan je di Google Drive. Jom tengok Cara Simpan Resit Untuk LHDN di Google Drive. Lebih mudah dan efektif.

Tak perlu cerita panjang, jom tengok caranya. Video ada di bawah.

Cara Simpan Resit Untuk LHDN

  1. Mudah sahaja, pertama anda perlu ada email akaun dengan google. Lebih tepat adalah GMAIL. Kalau belum ada, anda boleh daftar secara percuma akaun GMail di sini: Daftar GMail
  2. Kedua anda perlu daftar Google Drive.
  3. Bila dah boleh masuk ke Google Drive, anda boleh buat satu folder untuk resit sahaja. Dalam tu boleh letak resit-resit yang berkenaan. Kalau min, akan buat folder ikut tahun seperti gambar di bawah ini:

Itu sahaja yang anda perlu untuk simpan resit, Akaun GMail dan Google Drive. Ok, cara lebih terperinci cara nak buat folder, anda boleh ikut langkah-langkah dibawah.

Cara Buat Folder Google Drive

Sebelum itu, terdapat 2 cara nak simpan resit dalam Google Drive. Pertama boleh guna website ataupun aplikasi telefon.

Website: https://drive.google.com/

Untuk aplikasi telefon, anda boleh download apps di Google Play atau Appstore. Jika link yang diberi ini tidak boleh diakses, anda boleh terus cari “Google Drive” di Google Play atau Appstore.

Iklan oleh Google

Ok, untuk artikel ini, min akan guna website sebagai tutorial. Konsep lebih kurang sama sahaja untuk aplikasi telefon.

  1. Pergi ke Google Drive.
  2. Klik “New”
  3. Pilih “Folder”
  4. Letak nama Folder “Resit”
  5. Siap folder resit
  6. Klik Folder Resit, buat sub folder tahun semasa, contohnya “2021”. Ikut langkah 2-4 di atas.
  7. Kemudian, terus boleh upload resit-resit ke dalam folder berkenaan.

Boleh Lihat Video Cara Simpan Resit Untuk LHDN

Ok mudah je kan, jadi sekarang setiap kali beli, ambil gambar resit guna telefon dan terus simpan dalam google drive.

Selamat mencuba!

Kalau nak template invoice – Klik di Sini

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY