Cara Halau Tikus Paling Berkesan – Tanpa Kos

Tikus dalam rumah memang merimaskan. Macam-macam cara buat untuk menghalau tikus dalam rumah. Tapi tidak berjaya! Sebenarnya ada sahaja cara halau tikus paling berkesan, jom tengok.

Cara Halau Tikus Paling Berkesan
Gambar Hiasan Oleh: Ryan Stone @ unsplash.com

Cara Halau Tikus Paling Berkesan

Cara ini adalah pengalaman peribadi saya sendiri, iaitu dengan cara membuang sampah setiap malam. Jangan bagi ada sisa-sisa terbiar dan juga pastikan makanan disimpan rapi.

Contohnya kalau makanan tidak habis, simpan dalam peti atau dalam microwave. Jangan biarkan makanan terbiar dan boleh dihidu oleh tikus.

Saya praktikan cara ini sudah hampir setahun, amat berpuas hati dengan hasilnya. Amat berkesan. Tiada lagi tikus berkeliaran, atau kesan-kesan tulang makanan yang dimakan oleh tikus.

Kalau sebelum ini, saya buang sampah waktu pagi sebelum pergi kerja. Jadi saya tukar cara dengan membuang sampah pada waktu malam sebelum tidur. Cara ini memang berkesan untuk halau tikus. Boleh cuba!

Peringatan: Cara ini adalah pengalaman perbibadi. Saya tidak bertanggunjawab jika tidak keberhasilan. Namun tidak salah untuk dipraktikan!

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *