RekemenBlogRekod Jualan Harian Excel, Boleh Lihat Untung Rugi

Rekod Jualan Harian Excel, Boleh Lihat Untung Rugi

Sebelum ini, saya ada buat Template Rekod Jualan untuk jualan produk. Ramai gembira dengan excel tersebut. Pada kali ini, saya buat Rekod Jualan Harian Excel, siap boleh lihat untung rugi perniagaan anda.

Jika anda inginkan perekodan lengkap AKAUN, adan boleh rujuk artikel di Template Akaun Perniagaan Excel. Boleh lihat untung rugi setiap bulan. Dan boleh terus dapat Penyata Kunci Kira-kira

Apa Beza Dengan Template Rekod Jualan Sebelum Ini?

Beza dia, kalau sebelum ini lebih kepada jualan produk. Yang ini pula lebih kepada Rekod Jualan Harian. Contohnya:

  • Kedai Makan / Restoran
  • Kedai Kopi,
  • Kedai Kek,
  • Jual Burger
  • Dan lain-lain.

Kelebihan Template Rekod Jualan Harian Excel

Template excel ini, boleh:

  1. Kira stok keluar masuk
  2. Buat stok awal dan stok akhir
  3. Rekod Jualan secara harian (Sales)
  4. Rekod Perbelanjaan lain (Expenses)
  5. Paling penting boleh lihat untung rugi kasar

Penerangan Tab Sheet Rekod Jualan Harian Excel

1. Guide / Panduan

Sedikit penerangan ringkas cara guna template excel ini.

2. MasterData

Iklan oleh Google

Dalam tab ini, anda boleh simpan data-data berkenaan seperti Kategori Produk (Product Category), Pembekal (Supplier), Unit Ukuran (Unit of Measurement UOM), Nama Perbelanjaan (Expenses Name), Kaedah Pembayaran (Payment Options) dan Brand.

Rekod secara ke bawah. Tiada had.

 

Peringatan: Setelah ditambah, anda tidak digalakan menukar atau memadam rekod dalam MasterData. Ini kerana, data-data ini akan memberi kesan kepada rekod stok masuk dan jualan sebelum ini (Jika telah digunakan).

Untuk penambahan baru tiada masalah. Boleh tambah.

3. Products

 

Rekod Jualan Harian Excel - Products

Dalam tab ini, anda boleh masukkan senarai produk yang ada.

Kolum Penerangan
A ID Produk (Product ID) adalah unik, jadi bagi memudahkan anda, letakkan ID Produk mengikut kategori barang.

Contohnya, kalau kategori Bahan Kering, mungkin anda boleh letakkan B didepan Produk ID. contoh: B001. Atau Peralatan, P001. Mudah untuk digunakkan kemudian hari.

B Masukkan nama produk
C Masukkan kategori produk. Boleh pilih berdasarkan data yang telah dimasukkan di MasterData
D Masuk nama brand produk
E Masukkan Unit Ukuran (UOM)
F Boleh setkan re-order point jika perlu. Kalau tak perlu anda boleh letakan “0” sahaja.
G Harga Seunit Semasa digunakan untuk proses penilaian harga stok semasa. Terutamanya dalam rekod stok awal & stok akhir setiap bulan.
H-L Sudah ada formula, tidak perlu isi.
H Jumlah stok masuk sepanjang excel tersebut digunakan.
I Jumlah stok keluar sepanjang excel tersebut digunakan.
J Jumlah kuantiti stok semasa yang anda ada.
K Jumlah harga semasa stok yang anda ada.
L “No” menunjukan stok tidak perlu ditempah / dibeli.
“Yes” menunjukan stok yang anda perlu beli / tambah.Label ini adalah berdasarkan jumlah re-order point di kolum F. Jika jumlah kuantiti stok kurang dari re-order point, bermakna “Yes”Kolum J < Kolum F = “Yes”
Kolum J >= Kolum F = “No”

4. StockIn / Stok Masuk / Purchases

Kolum Penerangan
A Tarikh transaksi. Boleh sahaja masuk mana-mana tarikh yang penting untuk rekod bulan yang sama, baru boleh lihat untung kasar.
B Pilih Product ID, berdasarkan data yang telah dimasukkan dalam tab “Products”. Setelah dipilih, kolum C, D, dan I akan keluar secara automatik.
C, D & E Keluar data secara automatik
F Boleh pilih data pembekal di sini, untuk tujuan laporan. Jika anda berasa tidak perlu merekod pembekal, sila biarkan kosong sahaja.
G Masukkan harga seunit
H Jumlah kuantiti dibeli
I Keluar data secara automatik
J Jumlah harga yang dibeli
K Boleh masukkan nota jika perlu, untuk rekod peribadi

5. StockOut / Stok Keluar

Kolum Penerangan
A Tarikh transaksi pengeluaran atau penggunaan barang.
B Pilih Product ID, berdasarkan data yang telah dimasukkan dalam tab “Products”. Setelah dipilih, kolum C, D, dan H akan keluar secara automatik.
C, D & E Keluar data secara automatik
F Masukkan harga semasa seunit
G Masukkan kuantiti digunakan
H Keluar data secara automatik
I Jumlah harga unit yang telah digunakan
J Boleh masukkan nota jika perlu, untuk rekod peribadi

6. Sales / Jualan

Rekod Jualan Excel - Sales

Masukkan rekod jualan harian di sini mengikut kaedah pembayaran yang diterima.

7. Expenses / Perbelanjaan

Rekod Jualan Harian - Expenses

Masukkan rekod perbelanjaan syarikat seperti upah pekerja, sewa kedai atau lain-lain di sini.

8. R-StockIn / Laporan Stok Masuk

Boleh saring mengikut kategori, pembekal, brand dan juga bulan.

9. R-StockOut / Laporan Stok Keluar

Boleh saring laporan stok keluar mengikut kategori produk, brand dan juga bulan.

10. R-Stock / Laporan Stok

Sila pilih bulan di Kolum I dan klik butan “Opening Stock” atau “Closing Stock”. Jika perniagaan anda bermula pada bulan Ogos, jadi sila buat “Opening Stock” pada bulan Ogos.

Contoh harga semasa berbeza semasa “Closing Stock” dan “Opening Stock”  bulan seterusnya, jadi anda perlu buat “Opening Stock” dulu, kemudian ubah harga semasa di tab “Products”. Lepas itu, baru buat “Opening Stock” baharu.

Status adalah untuk rujukan anda sahaja.

11. R-Sales / Laporan Jualan

Contoh laporan jualan, boleh lihat jumlah jualan setiap bulan.

12. R-Expenses / Laporan Perbelanjaan

Contoh laporan perbelanjaan, boleh lihat jumlah jualan setiap bulan.

13. R-ReOrder / Laporan Barang Yang Perlu Di Tempah 

Boleh lihat laporan barang yang perlu dibeli / ditambah untuk stok semasa.

14. R-Summary / Laporan Ringkas Untuk Setahun

Laporan keseluruhan untuk perniagaan anda. Jangan lupa masukkan tahun di B2 setiap kali buat excel baru setiap tahun. Lain-lain semua sudah ada formula.

Boleh klik “Refresh” jika berlaku kesilapan terpadam formula.

Dari sini, anda boleh lihat anggaran keuntungan kasar setiap bulan dan seterusnya untuk tahun tersebut.

Laporan ini juga akan memudahkan anda untuk mengemaskini maklumat kepada akauntan berbayar ataupun LHDN.

Cara Beli Template Rekod Jualan Harian Excel

  1. Beli di Shopee. Sekali bayar. Kadang-kadang ada harga promosi di shopee. Boleh semak di shopee terlebih dahulu. Jika tiada shopee, boleh email ke [email protected] untuk pembelian secara transfer online.
  2. Kami akan hantar Template Rekod Jualan ke email anda dalam masa 24 jam. Kalau lambat atau kami terlepas pandang, boleh terus email ke [email protected]
  3. Selesai dan boleh guna.
Shopee

 

Komen

2 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. saya ada ssm – enterprise… untuk rekod jualan utk untuk tujuan cukai dan tracking harian duit keluar masuk ke dalam akaun. template yang mana lebih sesuai?

Hak Cipta © Rekemen.MY