RekemenInfoCara Buat Email Syarikat Sendiri

Cara Buat Email Syarikat Sendiri

Dalam artikel ini saya akan kongsikan secara ringkas Cara Buat Email Syarikat Sendiri. Senang dan amat mudah difahami.

Maklumat Ringkas

Sebelum itu, sedikit maklumat kepada pembaca. Apa yang dimaksudkan dengan email syarikat sebenarnya? Secara teorinya email syarikat adalah apa-apa nama alamat email dengan domain syarikat anda. Apa pula domain….haa. kan.

  • Domain: Mudah faham, nama website yang berakhir dengan (.com, .my dan lain-lain). Contohnya rekemen.my. Itulah domain.
  • Hosting: Nak buat email, perlu hosting juga. Hosting adalah tempat penyimpanan data termasuklah data email anda nanti.
  • Email Syarikat: Biasa guna gmail kan? Lebih kurang sama je konsepnya. Berbezanya, dibelakangnya adalah domain syarikat anda sendiri. Contohnya, email gmail adalah [email protected]. Jika email syarikat, mungkin akan jadi [email protected].

Itulah secara ringkasnya, domain, hosting & email syarikat.

Dah jom lihat langkah-langkah nak buat email syarikat sendiri pula.

Cara Buat Email Syarikat Sendiri

Tiga perkara sahaja yang anda perlu tahu dan buat:

  1. Beli nama domain dan hosting (Wajib).
  2. Buat akaun email syarikat di cpanel (Wajib).
  3. Buka email syarikat di telefon (Hukumnya Harus & rekomen).
  4. Buat website (Harus, Sebaiknya ada)

1. Beli Nama Domain & Hosting

Sebelum buat pembelian, fikir nama domain yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Contohnya, anda buat servis pos motor, mungkin domain terbaik adalah posmotor.com atau posmotor.my.

Iklan oleh Google

Untuk beli nama domain & hosting, anda boleh berbuat demikian di sini: Beli domain di DataKL

Ikuti langkah ini (Slide kiri kanan untuk lihat):

Cara Beli Domain

Klik "Order Hosting"

Cara Beli Domain 2

Untuk permulaan, boleh ambil yang basic sahaja. "DataRapid"

Cara Beli Domain 3

Semak nama domain anda sama ada masih boleh dibeli ataupun tidak.

Cara Beli Domain 4

Jika nama domain masih ada, anda boleh scroll ke bawah, dan klik "Continue"

Cara Beli Domain 5

Klik "Continue"

Cara Beli Domain 6

Klik "Continue"

Cara Beli Domain 7

Klik "Checkout"

Cara Beli Domain 8

Isi maklumat anda sampai bawah.

Cara Beli Domain 9

Klik "Complete Order" dan akan dipanjangkan ke web pembayaran.
Buat bayaran dan siap!

previous arrow
next arrow

2. Buat Akaun Email Syarikat di CPANEL

Setelah selesai pembelian domain & hosting, anda akan menerima satu email tentang maklumat login cpanel anda.

Biasanya lebih kurang macam ini konten email tersebut:

Buka link “Control Panel“, dan terus login mengikut “Username & Password” yang diberi.

Selapas itu, klik pada “Email Accounts

Klik butan “Create

Kemudian, pilih Domain, masukkan username @ nama alamat email anda ingin buat. Dan generate password atau boleh masukkan apa-apa password anda yang mudah di ingat.

Semua ok, klik butan “Create“.

Buat Email Syarikat Sendiri

Anda akan lihat senarai email yang telah dibuat sebentar tadi. Klik butan “Check Email“.

Klik “Open

Yeay, sudah boleh hantar dan terima email melalui nama email syarikat anda.

Nota: Setiap kali nak buka email, anda boleh terus buka di webmail terus. Contohnya, syarikatsaya.com/webmail. Terus log masuk mengikut email yang telah dibuat di atas.

3. Buka Email Syarikat di Telefon

Memandangkan ini adalah harus sahaja, anda boleh baca di artikel khas ini: Cara Tambah Email Syarikat di Telefon HP.

4. Buat Website

Boleh buat sendiri atau nak nampak profesional, upah pembuat website. Boleh cari.

Penutup

Semua boleh buat sendiri. Rajin atau tak sahaja. Cuba rajin-rajinkan. 🙂

Semoga bermanfaat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY