RekemenInfoCara Tambah Email Syarikat di Telefon

Cara Tambah Email Syarikat di Telefon

Mudah sahaja nak tambah email di telefon (HP). Boleh ikuti Cara Tambah Email Syarikat di Telefon ini. Android boleh ios pun boleh.

Sebelum meneruskan pembacaan, anda haruslah sudah mendaftar email syarikat. Tak tahu nak daftar? Anda boleh baca artikel ini: Cara Buat Email Syarikat Sendiri.

Sudah ada email syarikat, sekarang kita teruskan dengan cara tambah email di mobile telefon pula.

Cara Tambah Email Syarikat di Telefon HP

  1. Boleh muat turun app Gmail di Play Store ataupun Appstore.
  2. Buka app Gmail, dan pergi ke Menu > Tetapan (Settings)
  3. Kemudian klik pada Tambah Akaun (Add account)
  4. Klik Lain-lain (Other)
  5. Masukkan email syarikat anda dan klik seterusnya (Next)
  6. Pilih IMAP
  7. Masukkan kata laluan (Password) dan klik seterunsnya (Next)
  8. Tukar Incoming server jika perlu. kebiasaanya, mail.syarikatanda.com. Boleh tanya pihak hosting untuk maklumat lanjut.
  9. Kemudian, outgoing server
  10. Setting email anda mengikut keperluan
  11. Akhir sekali letak nama untuk email.
  12. Siap! Boleh guna email syarikat anda di telefon!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY