RekemenInfoPanduan: Akaun Bawa ke Hadapan

Panduan: Akaun Bawa ke Hadapan

Jika anda pengguna Akaun Excel sebelum ini, berikut adalah panduan untuk bawa rekod ke tahun baharu.

Pertama sekali, terima kasih kerana masih lagi berminat dengan software akaun excel ini. Harap dapat membantu anda dalam menguruskan bisnes anda.

Excel Akaun ini terbaik untuk Bisnes Servis termasuklah restoren atau kedai makan.

Panduan Akaun Bawa ke Hadapan

Caranya mudah sahaja, copy data dari file excel tahun sebelum ke akaun excel tahun semasa. Contohnya, Akaun Excel 2023 nak pindah ke Akaun Excel 2024.

Ikuti langkah berikut:

Pastikan Paste Values, Rujuk gambar dibawah ini. Kena klik kanan dulu, baru ada pilihan ini.

Iklan oleh Google

Copy-Paste Value
Ms Excel di Windows
Paste Values di Mac OS

Copy dan paste ke Excel Akaun yang baru dibeli.

  1. Copy data MD
  2. TT, masukkan data yang baru mengikut rekod data tahun sebelumnya. Rujuk sheet KKK tahun sebelumnya.
  3. Copy data KP
  4. Copy data Produk (Kolum A-G sahaja, bermula dari barisan no 2)
  5.  SM ikut langkah dibawah ini. Abaikan langkah ini jika anda buat bisnes servis. Langkah ini khas untuk anda yang buat bisnes trading sahaja.
    • Filter Stok Semasa (Kolum J) di sheet Produk
    • Anda lihat produk yang ada stok sahaja. Ada Kuantiti.
    • Copy senarai barang di SM yang stok masih ada sahaja.
    • Dan masukkan nilai stok semasa yang bersamaan di sheet produk. Contohnya kalau di sheet produk ada 10 stok semasa, jadi di Excel Akaun baru sheet SM, masukkan 10 juga.
    • Tak perlu pilih jenis aliran di SM, khas untuk pemindahan stok sahaja.
    • Tarikh pula masukkan tarikh akhir tahun sebelumnya. contoh akaun semasa adalah 2023. jadi masukkan tarikh 31/12/2022
    • KKK akan seimbang apabila stok akhir sudah dibuat. sama ada setiap bulan atau tahunan.
  6. Copy data Harga (Jika ada)
  7. Hutang, Pinjaman, Aset boleh copy apa yang patut

Video Rujukan Untuk Langkah 4 & 5

Itu sahaja, boleh guna macam biasa.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY