RekemenInfoTemplate Stock Inventory Excel

Template Stock Inventory Excel

Untuk anda memerlukan perekodan stok, mungkin anda boleh menggunakan Template Stock Inventory Excel ini sebagai satu platform.

Dengan template excel ini, kerja lebih mudah dan boleh mengurus stok dengan lebih teratur.

Template Stok Inventory Excel 

Dalam template inventory excel ini, pengunaan bahasa adalah bahasa inggeris. Dan untuk menggunakan template ini anda perlu aktifkan mod macro excel. Klik pada gambar untuk besarkan.

Kelebihan Template Inventory Excel

  1. Boleh rekod stok keluar masuk.
  2. Boleh lihat laporan mengikut tahun, bulan, brand, kategori produk dan juga pembekal (supplier)
  3. Boleh tengok stok yang berkurangan, seterusnya anda boleh membuat tempahan untuk menambah stok sedia ada.
  4. Sesuai untuk semua, contohnya kalau jual burger pun boleh guna template ini untuk rekod stok. Lebih nampak stok keluar masuk.

Penerangan Tab Sheet Template Inventory Excel

1. Tab Guide

Sedikit penerangan ringkas cara guna template excel ini.

Iklan oleh Google

 

2. Tab Brand

Boleh masukkan senarai Brand yang berkenaan di sini. Boleh tambah seberapa banyak. Tiada had.

3. Tab UOM

UOM adalah ringkasan kepada Unit of Measurement atau dalam Bahasa Malaysia, Unit Pengukuruan. Boleh masukkan senarai UOM yang berkenaan di sini. Boleh tambah seberapa banyak. Tiada had. Kalau malas nak urus UOM, guna sahaja Unit. 🙂

4. Tab Product Category

Boleh masukkan senarai kategori produk yang berkenaan di sini. Boleh tambah seberapa banyak. Tiada had.

5. Tab Supplier (Pembekal)

Boleh masukkan senarai Supplier yang berkenaan di sini. Boleh tambah seberapa banyak. Tiada had. Data supplier ini akan digunakan dalam stok masuk nanti.

6. Tab Product Master

Template Stock Inventory Excel - Produk Master Penting

Dalam tab ini, masukkan senarai produk yang anda ada. Rekod mestilah unik. tidak boleh sama. Contohnya anda beli iPhone 12 dari dua supplier, rekod di sini adalah satu iPhone 12 sahaja. Bukan 2. Untuk rekod supplier, sila masukkan di dalam stok masuk.

Dekat sini juga, boleh tengok stok yang masuk, keluar dan juga stok yang masih ada. Re-order point boleh letak kosong (0) jika anda tidak menggunakan teknik re-order point.

Product ID adalah unik, jadi bagi memudahkan anda, letakkan product Id mengikut kategori barang. Contohnya, kalau kategori Phone, letakkan P didepan produk ID. contoh: P0001. Atau Laptop, L0001. Mudah untuk digunakkan kemudian.

7. Tab Stock In (Stok Masuk)

Rekod stok masuk dekat sini, dengan memastikan tarikh dimasukkan, baru laporan boleh dijana. Pilih Product ID, untuk memulakan rekod. Setelah di pilih, nama produk, kategori dan brand akan terus keluar. Lebih cepat.

Jika nama produk tidak keluar, bermakna Product ID tersebut tidak wujud. Sila masukkan rekod di Product Master terlebih dahulu.

8. Tab Stock Out (Stok Keluar)

Dalam tab ini, stok keluar juga boleh dianggap stok jualan. Rekod semua stok yang keluar, baru stok sentiasa dalam jumlah yang betul.

9. Tab Report Stock In

Untuk melihat laporan stok masuk. Boleh tapis mengikut tahun, bulan, brand, kategori dan juga supplier.

10. Tab Report Stock Out

Untuk melihat laporan stok keluar. Boleh tapis mengikut tahun, bulan, brand, kategori.

11. Tab Report Re-Stock

Template Stock Inventory Excel Mudah

Untuk melihat laporan stok yang makin berkurang dan perlu ditambah.

Video Template Stock Inventory Excel

Cara Beli Template Stock Inventory Excel

  1. Beli di Shopee RM15 Sahaja. Sekali bayar.
  2. Kami akan hantar Template Inventory Excel ke email anda dalam masa 24 jam. Kalau lambat atau kami terlepas pandang, boleh terus email ke [email protected]
  3. Selesai dan boleh guna.

Lain-lain Template Excel

  1. Template Invoice
  2. Template Purchase Order
  3. Template Slip Gaji
  4. Payroll Excel Template Malaysia

Komen

3 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY