RekemenBlogCara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham

Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham

Untuk anda masih lagi baru dengan pengajian / payroll, mungkin cara kira gaji bulanan perkerja ini boleh dijadikan panduan.

Musim buat gaji memang memeningkan admin/hr untuk mengira gaji bulanan pekerja, lagi-lagi yang perlu kira overtime, claim dan juga elaun. Untuk mudah faham pengiraan, anda boleh rujuk cara dibawah ini.

Template Payroll Excel Malaysia

Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja

Terdapat dua pengiraan gaji iaitu berdasarkan gaji pokok semata-mata dan satu lagi pengiraan gaji dengan penambahan atau/dan penolakan dari gaji pokok.

Namun begitu, pengiraan kedua-dua ini wajib tolak KWSP, Perkeso dan SIP.

Pengiraan KWSP adalah berdasarkan 11% potongan caruman.

Iklan oleh Google

1. Kira Gaji Pokok Sahaja

Untuk pengiraan gaji pokok sahaja lebih mudah sedikit, hanya perlu tolak KWSP, Perkeso & SIP sahaja. Semua jadual caruman perlu semak di website berkenaan. Klik link dibawah untuk details caruman.

  1. Kadar Caruman KWSP
  2. Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)
  3. Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)

Formula Kira Gaji Bulanan

Gaji Bersih = Gaji Pokok – KWSP – Perkeso – SIP

Contoh:
Gaji Pokok = RM1200

Jadi untuk dapatkan penolakan KWSP, Perkeso & SIP, anda perlu semak dalam jadual atas.

Dalam kes ini:

KWSP = RM132
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30

Gaji Bersih = RM1200 – RM132 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1059.95

Senang kan, pengiraan dari gaji pokok memang senang! Yang kedua lain sikit.

2. Kira Gaji + Penambahan + Penolakan

Untuk cara kedua ini rumit sedikit sebab ada penambahan dan juga penolakan.

Penambahan biasanya:

  • Bonus
  • Komisen
  • Elaun Tetap
  • Elaun Tak Tetap
  • Tuntutan (Claim)
  • Kerja Lebih Masa (Overtime)

Penolakan:

  • KWSP
  • Perkeso
  • SIP
  • Tidak Hadir (Absent)
  • Cuti Tanpa Gaji (Unpaid Leave)
  • Pendahaluan Tunai (Cash Advance)
  • Pembayaran Balik Pinjaman
  • Cukai Pendapatan

Untuk lebih mudah faham, saya buat tiga bahagian cara pengiraan gaji seperti berikut:

  1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan
  2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )
  3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan

1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan

Pertama sekali untuk pengiraan KWSP, Perkeso, SIP perlu dikira dari Gaji Pokok serta tambahan Bonus, Komisen & Elaun Tetap.

Kurang jelaskan, ok contohnya Pekerja A, Gaji Pokok adalah RM1200. Dan beliau juga ada menerima elaun tetap dari syarikat sebanyak RM100 sebulan.

Jadi, campurkan Gaji Pokok dan Elaun Tetap menjadi RM1300. Seterunya baru boleh dapatkan jumlah perlu tolak untuk 3 serangakai itu:

KWSP = RM143
PERKESO = RM6.75
SIP = RM2.70

Jadi Gaji Bersih = RM1300 – RM143 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1148.25

Begitulah juga pengiraan untuk tambahan bonus dan komisen.

2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )

Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Contoh penolakan di sini adalah penolakan Cuti Tanpa Gaji atau Tidak Hadir. Caranya mudah sahaja. Contohnya Pekerja A mengambil cuti tanpa gaji sebanyak 1 hari dan dengan beranggapan Pekerja A ini tiada penamaban lain.

Gaji Pokok = RM1200
Cuti Tanpa Gaji (CTG) = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)

Pengiraan cuti tanpa gaji ada formula dia sendiri.

CTG = Gaji Pokok / Jumlah Hari dalam bulan tersebut X Jumlah Hari CTG
CTG = RM1200 / 31 Hari X 1 Hari
CTG = RM38.71

Setalah dapat gaji selepas tolak CTG baru kira 3 serangkai.

Gaji Selepas Tolak CTG = RM1200 – RM38.71
Gaji Selepas Tolak CTG = RM 1,161.29

Penolakan 3 Serangkai:

KWSP = RM130
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30

Jadi, Gaji Bersih = ( Gaji Pokok – CTG ) – 3 Serangkai
Gaji Bersih = ( RM1200 – RM38.71 ) – RM130 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1023.24

3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan

Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Untuk contoh ketiga ini, kita ambil maklumat dari contoh pertama dan kedua di atas.

Gaji Pokok = RM1200
Elaun Tetap = RM100
CTG = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)

Jadi, 3 Serangkai dikira dari Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG

Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG = RM1261.29

KWSP = RM141
PERKESO = RM6.25
SIP = RM2.50

Untuk Pengiraan CTG adalah berdasarkan Gaji Pokok, bukannya Gaji Pokok + Elaun Tetap. Jadi, jumlah CTG adalah sama dengan pengiraan dibahagian dua iaitu RM38.71

Kira Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG – 3 Serangkai
Gaji Bersih = RM1200 + RM100 – RM38.71 – RM141 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1111.54

Ok, begitulah pengiraannya. Ada cara mudah tak? Mestilah ada, anda boleh beli je template excel yang sudah siap. Senang.

Template Excel Kira Gaji

Kira Gaji Pokok Sahaja, anda boleh beli Template Slip Gaji Excel sahaja di Shopee & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Template Slip Gaji Excel

Kira Gaji + Penambahan + Penolakan pula anda boleh beli Payroll Excel Template di Shopee & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Payroll Excel Template. Untuk Payroll, sudah lengkap pengiraan termasuk OT, Elaun, Komisen & Lain-lain.

Semoga Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja ini akan memudahkan anda 🙂

—-

Nak ke Langkawi – Boleh tempah kereta sewa Langkawi dengan www.fhlangkawi.com

 

Komen

96 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Salam semua, saya nak tanya, gaji saya gaji hari, jadi kalau dalam sebulan saya bekerja 20 hari maka gaji saya cuma dikira untuk 20 hari, contoh gaji sehari RM100×20hari =2000, bulan depan saya kerja 26hari maka RM100×26=2600, dan bulan seterusnya setiap bulan tak sama jumlah gaji saya, soalan saya ialah majikan cuma buat potongan sebanyak 11% untuk gaji RM1300 setiap bulan, saya tiada basic, gaji dikira pada kehadiran bekerja saja, boleh ke majikan buat caruman sebegitu dan tak melanggar undang undang, boleh report atau dibiarkan sahaja , sudah 16 tahun saya bekerja dengan kiraan begitu, sekian Maklum Balas Amat dihargai was Salam

    1. Wslm, kalau ikut penerangan ini sepatutnya pemotongan mengikut gaji yang diterima. Namun, tidak pasti majikan tuan buat persetujuan macam mana.

      Sebaiknya, tuan boleh rujuk dulu dengan majikan cara pengiraannya. Rugi juga kalau dibayar berdasarkan RM1300. Kalau masih tak pasti, boleh terus pergi ke cawangan KWSP untuk pengesahan.

  2. Hye. Tuan saya nak tanya. Pekerja bekerja penuh 26 hari bekerja sebulan tetapi ada dapat bulan raya kami cuti seminggu…kira cuti x bergaji untuk semua pekerja. Bagaimana hendak kira gaji? adakah gaji dikira gaji pokok/21 hari bekerja atau gaji pokok/26 hari x21hari?

  3. Terima kasih atas penerangan terutama bab gaji pokok + penolakan. Bagaimana pula jika gaji bersih selepas penolakan lebih rendah dari gaji minimum bulan? Adakah kena guna yg mana lebih tinggi? Sebab saya pernah dengar dari pegawai kwsp sendiri yg kata tidak boleh rendah dari gaji minimum bulanan.

  4. Hai admin, kalau sabtu ahad cuti. cth bulan nov 2021, 22hari berkerja dalam sebulan. RM1500/22 or 30?

    1. Setahu saya, bahagi jumlah bulan tersebut. 30 @ 31. apa-apa untuk pengesahan yang tepat boleh berhubung dengan JTK.

  5. Assalam admin, kalau pekerja ada minta cash advance.. So untuk pengiraan dia adakah basic + elaun tetap – upl – cash advance = jumlah ni baru boleh ambil untuk kira 3 serangkai tu?

  6. Hi Admin, saya just nak tanya, bukan ka gaji basic dibahagi kepada jumlah hari bekerja (iaitu hari yang kena bekerja, contohnya, 24 hari bekerja pada bulan Februari 2021, Ahad adalah hari rehat (cuti)), jadi, RM 1200 basic / 24 x jumlah hari kehadiran pekerja, adakah pengiraan tersebut betul?

    1. untuk dapatkan gaji hari, gaji pokok bahagi jumlah hari dalam bulan tersebut. bahagi 30/31.

      Apa-apapun boleh terus buat pengesahan dengan pihak berkenaan ya.

  7. contoh gaji pekerja 1400. ambil cuti tanpa gaji 14 hari bulan lepas. macam mana nak kira epf/socso?adakah berdasarkan baki gaji setelah tolak unpaid leave?

  8. ASSALAM.AKAN TETAPI.DALAM SISTEM KWSP TETAP AKAN BERTANDA MERAH JIKA GAJI POKOK KURANG DARI RM1.2K JIKA PENOLAKAN CUTI TANPA GAJI DI BUAT SEPERTI DI ATAS.

  9. Asallam tuan . Untuk pekerja baru yang masuk krja macam mana nak purata gaji? Sebab confuse sikit . cth;
    (Start work 20 aug , payroll 7 sept )
    B.salary Rm1200 + elaun (N) 10 per day + bonus arrival rm50 *first n second week* /31 x 6 days working only – kwsp – sosco
    Payroll = ? Or kemasukan pertama no need to cut the kwsp & sosco?

    1. Wslm, selagi ada gaji wajib buat potongan socso dan kwsp.

      Pengiraan tu, saya kurang jelas. untuk dapatkan gaji hari, gaji pokok bahagi jumlah hari dalam bulan tersebut. bahagi 30/31.

      Apa-apa cik boleh berhubung terus dengna pejabat buruh utk penerangan lebih lengkap.

  10. Klau situasi mcm sy ni kn.. training seminggu kerja pastu diberhentikan sebab majikan cakap tk sesuai dgn sy kerja tesebut pastu2 seminggu sy kerja tu adakah betul gaji tk dikira?? Satu lg.. klau sebulan kerja 26 hari klau sebulan 31 hari jd 27 hari la kn? Ok itu sahaja hrp dpt penjelasan la yee.. tk boleh nk tido dibuatnya.. huhuhu

    1. Kalau ada bayaran kira ok dah tu. huhu

      Pengiraan gaji hari adalah mengikut jumlah bulan tersebut. bahagi 30/31

  11. Basic rm1200 tpi bekerja 9 hari.
    Adakah rm1200/26 x 9 hari utk dptkan gaji basic yang betul ? Atau memang kene bayar rm1200 juga…

  12. Untuk pekerja yang berhenti separuh bulan, elaun kira separuh jugak atau full?
    Contoh elaun sara hidup

  13. biasa kalau gaji untuk hari cuti tu kira 2 kali ganda dan 3 kali ganda untk cuti public holiday kan .. mohon memberi penjelasan

Hak Cipta © Rekemen.MY