RekemenBlogCara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham

Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham

Untuk anda masih lagi baru dengan pengajian / payroll, mungkin cara kira gaji bulanan perkerja ini boleh dijadikan panduan.

Musim buat gaji memang memeningkan admin/hr untuk mengira gaji bulanan pekerja, lagi-lagi yang perlu kira overtime, claim dan juga elaun. Untuk mudah faham pengiraan, anda boleh rujuk cara dibawah ini.

Template Payroll Excel Malaysia

Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja

Terdapat dua pengiraan gaji iaitu berdasarkan gaji pokok semata-mata dan satu lagi pengiraan gaji dengan penambahan atau/dan penolakan dari gaji pokok.

Namun begitu, pengiraan kedua-dua ini wajib tolak KWSP, Perkeso dan SIP.

Pengiraan KWSP adalah berdasarkan 11% potongan caruman.

Iklan oleh Google

1. Kira Gaji Pokok Sahaja

Untuk pengiraan gaji pokok sahaja lebih mudah sedikit, hanya perlu tolak KWSP, Perkeso & SIP sahaja. Semua jadual caruman perlu semak di website berkenaan. Klik link dibawah untuk details caruman.

  1. Kadar Caruman KWSP
  2. Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)
  3. Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)

Formula Kira Gaji Bulanan

Gaji Bersih = Gaji Pokok – KWSP – Perkeso – SIP

Contoh:
Gaji Pokok = RM1200

Jadi untuk dapatkan penolakan KWSP, Perkeso & SIP, anda perlu semak dalam jadual atas.

Dalam kes ini:

KWSP = RM132
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30

Gaji Bersih = RM1200 – RM132 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1059.95

Senang kan, pengiraan dari gaji pokok memang senang! Yang kedua lain sikit.

2. Kira Gaji + Penambahan + Penolakan

Untuk cara kedua ini rumit sedikit sebab ada penambahan dan juga penolakan.

Penambahan biasanya:

  • Bonus
  • Komisen
  • Elaun Tetap
  • Elaun Tak Tetap
  • Tuntutan (Claim)
  • Kerja Lebih Masa (Overtime)

Penolakan:

  • KWSP
  • Perkeso
  • SIP
  • Tidak Hadir (Absent)
  • Cuti Tanpa Gaji (Unpaid Leave)
  • Pendahaluan Tunai (Cash Advance)
  • Pembayaran Balik Pinjaman
  • Cukai Pendapatan

Untuk lebih mudah faham, saya buat tiga bahagian cara pengiraan gaji seperti berikut:

  1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan
  2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )
  3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan

1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan

Pertama sekali untuk pengiraan KWSP, Perkeso, SIP perlu dikira dari Gaji Pokok serta tambahan Bonus, Komisen & Elaun Tetap.

Kurang jelaskan, ok contohnya Pekerja A, Gaji Pokok adalah RM1200. Dan beliau juga ada menerima elaun tetap dari syarikat sebanyak RM100 sebulan.

Jadi, campurkan Gaji Pokok dan Elaun Tetap menjadi RM1300. Seterunya baru boleh dapatkan jumlah perlu tolak untuk 3 serangakai itu:

KWSP = RM143
PERKESO = RM6.75
SIP = RM2.70

Jadi Gaji Bersih = RM1300 – RM143 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1148.25

Begitulah juga pengiraan untuk tambahan bonus dan komisen.

2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )

Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Contoh penolakan di sini adalah penolakan Cuti Tanpa Gaji atau Tidak Hadir. Caranya mudah sahaja. Contohnya Pekerja A mengambil cuti tanpa gaji sebanyak 1 hari dan dengan beranggapan Pekerja A ini tiada penamaban lain.

Gaji Pokok = RM1200
Cuti Tanpa Gaji (CTG) = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)

Pengiraan cuti tanpa gaji ada formula dia sendiri.

CTG = Gaji Pokok / Jumlah Hari dalam bulan tersebut X Jumlah Hari CTG
CTG = RM1200 / 31 Hari X 1 Hari
CTG = RM38.71

Setalah dapat gaji selepas tolak CTG baru kira 3 serangkai.

Gaji Selepas Tolak CTG = RM1200 – RM38.71
Gaji Selepas Tolak CTG = RM 1,161.29

Penolakan 3 Serangkai:

KWSP = RM130
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30

Jadi, Gaji Bersih = ( Gaji Pokok – CTG ) – 3 Serangkai
Gaji Bersih = ( RM1200 – RM38.71 ) – RM130 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1023.24

3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan

Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Untuk contoh ketiga ini, kita ambil maklumat dari contoh pertama dan kedua di atas.

Gaji Pokok = RM1200
Elaun Tetap = RM100
CTG = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)

Jadi, 3 Serangkai dikira dari Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG

Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG = RM1261.29

KWSP = RM141
PERKESO = RM6.25
SIP = RM2.50

Untuk Pengiraan CTG adalah berdasarkan Gaji Pokok, bukannya Gaji Pokok + Elaun Tetap. Jadi, jumlah CTG adalah sama dengan pengiraan dibahagian dua iaitu RM38.71

Kira Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG – 3 Serangkai
Gaji Bersih = RM1200 + RM100 – RM38.71 – RM141 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1111.54

Ok, begitulah pengiraannya. Ada cara mudah tak? Mestilah ada, anda boleh beli je template excel yang sudah siap. Senang.

Template Excel Kira Gaji

Kira Gaji Pokok Sahaja, anda boleh beli Template Slip Gaji Excel sahaja di Shopee & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Template Slip Gaji Excel

Kira Gaji + Penambahan + Penolakan pula anda boleh beli Payroll Excel Template di Shopee & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Payroll Excel Template. Untuk Payroll, sudah lengkap pengiraan termasuk OT, Elaun, Komisen & Lain-lain.

Semoga Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja ini akan memudahkan anda ๐Ÿ™‚

 

 

Komen

94 Comments

Your email address will not be published.

  1. Salam. Boleh saya tahu elaun syif termasuk dalam kategori elaun tetap atau tidak dalam pengiraan KWSP? Sumbangan KWSP majikan saya sebelum ini 12% * (gaji pokok + elaun shift) tetapi sekarang menjadi 12% * (gaji pokok) sahaja.

  2. saya selvee,
    Soalan saya perkeso kira OT betulkah?
    saya buat kerja lebih masa (9am to 6pm) OT 6pm to 8pm = 2jam OT. KWSP kira gaji Rm2,000 dan Perkeso pula Rm2,000 + Cot; OT Rm150 = Rm2150 kira perkeso betulkah? kiraan ini?
    Saya tanya majikan ..majikan beritahu kerja lebih masa kena kira perkeso sebab ada insurance betulkah?
    TERIMA KASIH.

  3. Saya nak tya klu rate utk kira ot sebenarnya berapa..
    Sbb company saya bg utk
    hari biasa 1.2
    Hari public 1.5 -1.8
    Adakahpengiraan ini boleh dipakai?

  4. saya gaji kasar rm2900
    tolak epf 11% rm319
    socso rm13.75
    sip rm5.50
    so gaji bersih rm2561.75
    komisen/bonus = rm500 – rm3000

    setiap bulan saya ada komisen/bonus pada kadar yang tidak tetap dan tidak dimasukkan dalam voucher gaji(tiada pay slip)… Selepas gaji bersih + komisen/bonus amount saya terima setiap bulan atas rm3500… boleh ke majikan membuat potongan income tax setiap bulan..?

    1. Selagi mana itu pendapatan, perlu buat potongan income tax bila cukup syarat. boleh rujuk website lhdn.

  5. Nak bertnya saya ni baru kerja ..

    Basic 1508
    Sehari 58

    Ot 1.5

    Nomal 8.30 โ€“ 5.30

    Ot 2 jam hngga 7.30
    Ahad 4 kali kerja.. double
    Mc 3 hari
    Ph 2 hari
    Ot 20 hari
    Berapa kah total tolak epf smua harap mmbntu?

    1. saya boleh bagi anggaran shj. tak semestinya tepat mengikut perngiraan dari syarikat tuan bekerja.

      RM152 – KWSP Pekerja

  6. Maaf nak tnya, majikan saya potong CTG (BASIC + ALLOWANCE รท hari bekerja – CTG – 3SERANGKAI). Cara ni betul ke?

    1. Nak bertnya saya ni baru kerja ..

      Basic 1508
      Sehari 58

      Ot 1.5

      Nomal 8.30 – 5.30

      Ot 2 jam hngga 7.30

      Mc 3 hari
      Ph 2 hari

      Berapa kah total tolak epf smua harap mmbntu?

  7. kalau saya masuk kerja 6/6 dan kerja sebanyak 22 hari untuk bulan 6, basic 1500, berapa gaji yang saya patut dapat untuk bulan 6 ?

    1. Anggaran RM930 – RM1120. ikut syarikat setting macam mana. Kalau salah, boleh terus rujuk dengan syarikat anda cara pengiraannya.

  8. saya basic 1500,
    kerja sehari 8 jam..kiraan ot 1.5 lebih masa perjam,
    soalan saya
    (saya kerja lebih 12jam-17jam sehari kiraan 1.5 juga ka)

    1. saya baru masuk kerja sini..3bulan..payslip tak tulis pun ot..tulis komisyen saja..tapi pekerja yang lain(warga asing) ada tulis ot kat payslip..komisyen tak tulis pun..pelik..

  9. Macam mana untuk kita tentukan berapa gaji minima yang perlu dibayar kepada pekerja. Contoh 1.8k atau 2k

  10. Hi saya nak tanya, gaji basic perlu dibahagi 30hari atau pun 26hari bekerja sahaja? Sebab company saya buat kiraan (basic/30hari) walhal kami bekerja hanya 26 hari. Dan jika kami cuti tanpa gaji pada sabtu-isnin dorang buat penolakan gaji pada hari ahad(hari cuti) juga. Mcm
    Mana tu ye?

    1. Hi, yang saya faham. bahagi jumlah bulan tersebut. Macam syarikat cik buat tu.

      Cuma sekarang ni ada yang cakap bahagi 26. Saya cuba call jabatan berkenaan tapi belum dapat.

      Apa2 cik boleh rujuk di pejabat buruh terus ya.

  11. kalau bulan feb ada 28 hari
    cuti ahad 4 hari jadi dia kerja 24 hari

    # basic 1200/26hari (1 hari rm46.15)
    klau ikutkan 24 hari (bln feb) x rm46.15(perhari)
    total rm1,107
    # atau kita bagi basic rm1200 /bulan feb
    yang mana yg betul?

    1. Kalau sebelum ini bahagi jumlah hari bulan tersebut.

      Saya nak kena buat pengesahan dulu akta terkini. Akan dikemaskini dalam masa terdekat

    2. mengikut akta kerja 1955,gaji asas sebulan bahagi 26 hari utk dapatkan kadar biasa gaji sehari.

      hari rehat pula adalah 1 hari dalam seminggu.

      oleh itu hari rehat 4 hari dan hari kerja biasa adalah 24 hari.

      bermakna gaji bagi feb perlu dikira gaji asas bahagi 26 x 24…

  12. ikut perintah gaji minimum 2020,gaji asas adalah berdasarkan 26 hari kerja.

    kenapa gaji sehari perlu dibahagi gaji asas dengan berapa hari dalam bulan tersebut?

    1. Salam.. Potongan epf bedasarkan gaji kasar atau basic? Dan kerja dalam sebulan 26 atau 30 hari?

Hak Cipta © Rekemen.MY